SALAM

HAI....SALAM 1 MALAYSIA,SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA......

Pengenalan


Blog Panitia Bahasa Melayu SK Pekan Kota Belud diwujudkan untuk menyampaikan dan berkongsi maklumat kepada guru-guru Bahasa Melayu di sekolah.
Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran asas yang menegaskan penguasaan lisan,bacaan dan tulisan.Kesemuanya ini menekankan aspek kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif.

RASIONAL

Berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat dan membolehkan murid menggunakan Bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian serta sebagai sokongan untuk memantapkan penguasaan Bahasa Melayu.

MATLAMAT
Melahirkan individu dengan berketerampilan berbahasa yang mencerminkan akal budi pemikiran rakyat dan membolehkan murid menggunakan Bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan seharian.

OBJEKTIF

1.Memberi kesedaran kepada guru dan murid bahawa Bahasa Melayu bukan hanya mata pelajaran yang melibatkan lisan,bacaan,tulisan tetapi membentuk pemikiran kreatif seperti yang digambarkan dalam KBKK.
2.Mengubah persepsi murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu dan cuba mengatasi kelemahan diri untuk meningkatkan kemahiran.
3.Dapat meningkatkan pencapaian murid dan sekolah serta meningkatkan pencapaian di dalam peperiksaan KBSR.
4.Memberi kesedaran kepada semua pihak yang terlibat tentang kepentingan Bahasa Melayu dalam persekolahan dan kehidupan seharian.

No comments:

Post a Comment